Selepas perang dengan ayam dan anjing, hari ini Covid-19 di Lahad Datu konspirasi politik – Mohammadin

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Belum reda isu dikecam memperlekeh anggota keselamatan dalam Op Daulat 2013, Datuk Mohammadin Ketapi hari ini menuduh peningkatan penularan Covid-19 di Lahad Datu juga satu konspirasi politik.

Dalam rakaman video berdurasi 1.36 minit yang tular di Twitter, bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya mendakwa, peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Lahad Datu sengaja dimainkan dan akan menurun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

“Semasa pilihan raya ini menular di Lahad Datu ini tidak tahu berapa puluh saja yang terjangkit Covid-19, kamu bayangkan apabila sudah pilihan raya pandai melonjak pula Covid ini sudah 500 pandai naik-naik pula.

“Saya yakin dan percaya kalau 26 September ini kita sudah mengundi saya ingat 27, 28 September kita sudah kosong, sihat, tidak ada Covid di sini,” katanya dalam video berkenaan.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan semalam 11 daerah di Sabah kini berada dalam zon kuning manakala Tawau dan Lahad Datu di zon merah.

Tawau mencatatkan 420 kes positif Covid-19 manakala Lahad Datu 126 kes.

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) itu juga mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meletakkan jawatan kerana tidak tahu menjalankan tugas dan membebankan anggota keselamatan.

Hal ini menurutnya, serangan Filipina ke atas Sabah hanya akan berlaku setiap kali menjelangnya pilihan raya.

“Jangan mainkan peranan, Menteri Pertahanan sepatutnya letak jawatan dia tidak tahu kasi jalan kerja ini, sama juga itu dengan Menteri Dalam Negeri itu turunlah, mereka tidak tahu.

“Kesian berapa sengsara polis, askar kita. Kalau begitu 10 kali pilihan raya, 10 kali lah tuntutan Filipina dihantar untuk menjaga sempadan menjaga negara.

“Jadi mana patutnya saya minta maaf ini? Soal Mohammadin.

Semalam calon DUN Segama ini mencetuskan kontroversi dalam tempoh perjalanan kempen pilihan raya dengan mendakwa tiada peperangan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sebaliknya anggota keselamatan hanya berperang dengan ‘ayam’ dan ‘anjing’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat