489 Kes Baru Covid Termasuk 282 Kes Di Sabah & 139 Jangkitan Di Penjara Kedah – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu penularan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan sedikit berbanding 691 kes semalam iaitu 489 kes positif setakat 12 tengahari ini.

Malah Kluster Tembok di Penjara, Kedah telah menunjukkan penurunan kes hampir tiga kali ganda kepada 139 kes iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini berbanding 394 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 489 kes tersebut, 487 kes adalah membabitkan warga tempatan manakala dua kes adalah import.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 13,993 kes.

Manakala Noor Hisham berkata, sebanyak 34 kes adalah daripadal ain-lain kluster, 314 kes-kes lain di dalam komuniti dan jumlah kes aktif dengan kebolehjngkitan adalah 3,351 kes.

Bagaimanapun Sabah hari ini mendominasi majoriti kes dalam kalangan kluster-kluster apabila merekodkan kes tertinggi membabitkan zon-zon merah iaitu 282 kes berbanding 219 kes semalam.

Katanya, sebanyak 74 kes yang telah pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,501 kes atau 75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Dua kes import berkenaan adalah masing masing seorang warga tempatan yang mengembara dari India iaitu dilaporkan di Kuala Lumpur dan warga asing dari Kepulauan Maldives di Selangor.

“Daripada 487 penularan dalam negara, 467 kes adalah warga tempatan manakala 20 orang adalah warga asing, 139 kes Kluster Tembok dari Penjara Alor Star dan Pokok Sena, Kedah hari ini.

“Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok merupakan kluster terasing dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara bermakna mereka terasing daripada masyarakat di luar.

“Selain 15 lagi kes adalah merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu bertambah kepada 282 kes,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Daripada 282 kes tinggi yang direkodkan Sabah hari ini, 183 kes daripadanya adalah dikesan daripada kes saringan dalam komuniti.

Seterusnya kata Noor Hisham, sebanyak 71 lagi kes adalah saringan bergejala, 22 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19,dua kes Kluster Laut, dua kes saringan kemasukan ke hospital dan satu kes saringan rujukan ke hospital makanakala satu kes saringan pra pembedahan dan satu kes saringan tahanan.

Justeru di Kedah, sebanyak 14 lagi kes adalah daripada Kluster Bah Sintok selain daripada 139 kes Kluster Tembok yang dilaporkan hari ini.

“Di Selangor, sebanyak 19 kes direkodkan yang mana tujuh kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) termasuk satu kes Kluster Selasih, empat kes daripada Kluster Jalan Meru, tiga kes saringan bergejala, dua kes Kluster Benteng Pelabuhan Klang (PK), satu kes Kluster Embun, satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dan satu saringan kendiri.

“Di Pulau Pinang, enam kes dilaporkan dalam kluster baharu iaitu Kluster Penjara Reman dan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19,” katanya.

Manakala di negeri lain pecahan kes baharu adalah seperti Johor (enam kes), Perak (empat kes), Terengganu (empat kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( tiga kes), Sarawak (tiga kes), Pahang ( dua kes), Putrajaya (dua kes), Negeri Sembilan (satu kes) dan akhirnya satu kes di Kelantan.

Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 40 kes sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi dan 13 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Selepas merekodkan empat kes kematian semalam tiada pertembahan kes baharu meninggal dunia akibat Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus angka kematian kekal pada paras 141 kes. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat