Polis Panggil Individu Persenda Ketua Pengarah Kesihatan Di Media Sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman media sosialnya semalam.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan selepas satu laporan polis dibuat di Senawang, Seremban.

“Siasatan sedang dijalankan dan mereka yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya kepada Bernama.

Semalam tular di media sosial memaparkan gambar Dr Noor Hisham yang sedang mengadakan sidang media dari rumahnya disunting menjadi gambar yang mengaibkan.

Bagaimanapun, pemilik akaun berkenaan telah memohon maaf dan mengeluarkan gambar tersebut daripada akaun, namun sempat ditangkap layar serta ditularkan oleh pengguna media sosial lain.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat