Covid-19: Saya Sanggup Mati Daripada Serah Kuasa Kepada Mereka – Shafie Apdal

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau lebih rela mati dan berdepan risiko wabak Covid-19 daripada menyerahkan kuasa memerintah Sabah kepada mereka yang didakwanya telah mengkhianati mandat rakyat.

Memetik laporan FMT, Shafie berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)  meskipun keputusan itu dipersoalkan orang ramai yang bimbang dengan wabak Covid-19.

“Saya tahu ada kritik kita kenapa adakan pilihan raya, bimbang sangat nyawa manusia (berikutan wabak Covid-19).

“Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,” katanya.

Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah Khamis lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumkan telah mendapat sokongan majoriti ADUN bagi membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) yang lalu, Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah selepas BN dan STAR menguasai 31 kerusi DUN dalam pilihan raya itu.

Bagaimanapun, kerajaan pimpinan Musa tumbang dua hari kemudian selepas beberapa ADUN BN melompat keluar parti dan menyertai Warisan sekaligus membolehkan Shafie menjadi Ketua Menteri. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat