Polis Teliti Kes MB Selangor Langgar Kuarantin, Sedia Bertegas Terhadap Pemimpin Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis bersedia membuka kertas siasatan untuk meneliti lebih lanjut kes Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang melanggar perintah kuarantin apabila bertindak meninggalkan kediamannya untuk meninjau masalah bekalan air di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata, sehingga kini belum ada laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut biar pun berita mengenainya telah tular di media sosial.

“Kita setakat ini belum menerima sebarang laporan polis.

“Kita akan teliti perkara tersebut secara mendalam. Kta tahu beliau membuat kenyataan memohon maaf kerana terpaksa ingkar kuarantin. Kalau ada keperluan kita akan buka kertas siasatan nanti untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di Maktab PDRM Cheras pagi ini.

Beliau berkata demikian selepas hari merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule yang turut dihadiri Pengarah JSJK, Datuk Zainuddin Yakoob.

Mengulas lanjut, Acryl berkata, PDRM bersedia untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pemimpin politik yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kuarantin yang diarahkan Kementerian Kesihatan.

Katanya, amaran tersebut menyusul susulan penegasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan tegas sekiranya melanggar PKPP khususnya perintah kuarantin.

Beliau turut ditanya mengenai tindakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Azman Nasruddin yang melanggar kuarantin kendiri sehingga mengakibatkan 600 kanak-kanak Tadika terpaksa diisolasi.

Katanya, semua pihak yang berkaitan pelanggaran arahan kuarantin akan berdepan tindakan tegas tanpa mengira kedudukan.

“Kita sekarang hadapi fasa kritikal kes meningkat mendadak berbeza pada Mac.

“Berdasarkan apa yang dinyatakan PM, kita akan lebih tegas dan tak kisah apakah dan siapakah pihak itu, semua ini kita nak pukat tunda sekarang,” tegasnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat