Negara terjejas bantah peta standard China 2023, langgar kedaulatan tanpa asas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua negara yang terjejas dengan Peta Standard China Edisi 2023 tegas enggan mengiktiraf peta dan pertindihannya dalam sempadan beberapa negara terlibat.

Mashable SEA dalam artikelnya melaporkan, selepas China mengeluarkan peta wilayah edisi 2023 mereka melalui Kementerian Sumber Aslinya, negara yang terjejas telah menyuarakan keengganan mereka untuk mengiktiraf peta dan pertindihannya dalam sempadan beberapa negara. Ini termasuk pulau dan zon maritim dari wilayah India hingga ke Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Peta wilayah juga dikenali sebagai ‘peta standard’

India adalah yang paling cepat bertindak balas terhadap keluaran peta China berkenaan.

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Negeri India berkongsi pandangannya mengenai situasi ini.

“Kami menolak dakwaan ini kerana ia tidak mempunyai asas.

“Kami telah mengemukakan bantahan keras melalui saluran diplomatik dengan pihak China mengenai apa yang dipanggil “peta standard” China 2023 yang menuntut wilayah India,” katanya.

Mengikut jejak langkah India, Malaysia juga menyatakan tidak mengiktiraf peta standard China 2023 yang menggariskan bahagian perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak sebagai milik China.

Mewakili salah satu zon yang terjejas teruk, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berkongsi pendirian mereka dalam perkara ini.

Menurut Abang Johari,Malaysia sudah menolak peta baharu China itu dan menegaskan Sarawak berada di Malaysia. Itu pendirian kita,” kata Abang Johari.

Laut utama yang dituntut China dalam nine-dash map di Sarawaak adalah tempat banyak telaga minyak dan gas.

Filipina pula mengeluarkan kenyataan melalui Kedutaan mereka di Singapura.

“Percubaan terbaru ini untuk menghalalkan kedaulatan dan bidang kuasa China ke atas ciri Filipina dan zon maritim tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS),” kata negara itu.

Mereka menegaskan bahawa “China melebihi had geografi dan substantif hak maritim China di bawah Konvensyen,” dengan Konvensyen merujuk kepada ‘garisan sembilan sengkang’.

Jurucakap Kementerian Luar Vietnam,berkata pada peta standard China itu “telah melanggar kedaulatan Vietnam ke atas pulau-pulau itu, serta kedaulatan, hak kedaulatan dan hak bidang kuasa ke atas wilayah laut Vietnam.”

Sebagai tindak balas kepada kemarahan India dan negara-negara ASEAN, Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata pada taklimat akhbar tetap bahawa “kedudukan China di Laut China Selatan adalah konsisten dan jelas….Kami berharap pihak yang berkenaan dapat melihatnya secara objektif dan rasional”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat