Taiwan yang indah dan mempesonakan

- Advertisement -

Sudah tiba masanya untuk anda merancang bercuti ke Taiwan! Saya akan membawa anda ke beberapa tempat yang lebih menarik untuk dikunjungi.

Selain terdapat tempat-tempat yang menarik, hotel yang ada di sini juga menjadi salah satu tarikan buat saya dimana sebagai seorang muslim, 3 hotel yang saya duduki memberi kemudahan untuk melakukan ibadah.

Di setiap bilik terdapat penunjuk arah kiblat, sejadah dan juga al-quran. Saya boleh katakan hotel di sini sangat mesra muslim! Kemudahan seperti ini juga terdapat di kawasan seperti pusat membeli belah dan sebagainya.

1 . Zhong Flower Market

Bagaikan mimpi, berada di musim bunga, keindahan di Zhong Flower Market sangat mempesonakan pandangan mata. Seluas 6 hektar, taman ini disusun rapi mengikut jenis bunga yang berwarna warni.

Antara bunga yang terdapat di sini adalah seperti bunga matahari, lily, mawar, tulip dan banyak lagi spesis bunga yang mampu menawan hati!

Bagi penggemar bunga seperti saya, ini lah masanya untuk mengambil gambar serta video sebanyak mungkin untuk dimuatnaik di media sosial.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk berjalan di antara bunga-bunga yang sedang mekar sambil berangan seperti berada di dalam filem bollywood!

2. Lihpao Land

Taman tema Lihpao Land di Taichung menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan!

Apatah lagi jika anda menyukai aktiviti ekstrem. Di sini adalah tempat yang sesuai untuk mencuba roller coster yang paling menyeramkan!

Saya tidak melepaskan peluang menaiki ‘energy storm’ yang sangat menyeronokkan. Pada mulanya saya agak risau dan takut untuk mencuba. Pengalaman berpusing 360 darjah tidak mungkin saya lupakan.

Selain itu, di sini juga saya berpeluang merasai menaiki Sky Dreams Ferris Wheel yang berdiameter 126meter dan berketinggian 413 kaki, ferris wheel ini yang terbesar di Taiwan.

Keindahan panorama Taichung dapat dinikmati dari udara ketika ferris wheel membawa saya berpusing sehingga naik ke bahagian atas dan berhenti seketika sebelum turun semula.

3. Miyahara Ice Cream

Setelah penat berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti, jangan lupa untuk singgah di Miyahara Ice Cream yang kini telah viral!

Bukan sahaja dapat menikmati ice cream yang sedap, saya teruja dengan kecantikan seni bina dalamannya.

Bagi yang ingin membawa pulang buah tangan, di sini terdapat manisan seperti kuih dan cake yang dijual dengan reka bentuk kotak yang pelbagai dan menarik.

4. Taichung Chun Shui Tang Tea House Bubble Tea

Siapa penggemar bubble tea? Di Taichung Chun Shui Tang Tea House Bubble terdapat bubble tea asli yang tidak akan anda dapat di tempat lain.

Apa yang lebih menarik ialah, saya dibawa untuk menyertai kelas DIY bubble tea!

Mereka menyediakan peralatan untuk membuat bubble tea, dan saya hanya perlu mengikut setiap arahan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Pengalaman yang tidak pernah saya rasai dan sangat mengujakan!

Semasa melakukan proses pembuatan air bubble tea, saya turut diberi penerangan mengenai sejarah bubble tea yang terdapat di Taiwan.

Saya berjaya membuat air bubble tea, dengan tunjuk ajar mengikut sukatan yang diberikan. Selain berpeluang membuat bubble milk tea saya turut diajar membuat air black tea.

Setelah mempelajari teknik yang betul untuk membuat air tersebut, saya diberikan sijil!

5. Sun Moon Lake

Sepanjang perjalanan ke Sun Moon Lake saya menikmati pemandangan pokok-pokok hijau di kiri dan kanan jalan.

Sampai sahaja di Sun Moon Lake, terdapat danau yang luas terbentang, dan saya terus menuju ke jeti untuk menaiki bot persiaran.

Di dalam bot yang selesa dan cantik, pemandu pelancong turut menerangkan mengenai sejarah kawasan tersebut.

Terasa singkat. Perjalanan yang tidak mengambil masa begitu lama saya rasakan disebabkan keindahan yang terlalu luas untuk dinikmati.

Jika saya berpeluang ke Taiwan, sudah pasti ini adalah tempat yang akan saya kunjungi sekali lagi!

6. Qingjing Farm

Adakah anda pencinta haiwan? Ingin melihat secara dekat binatang seperti kambing biri-biri dan kuda? Selain dapat melihat binatang, di sini cuacanya juga nyaman dan menyegarkan.

Jika anda datang mengikut jadual yang ditetapkan, terdapat pertunjukkan kambing biri-biri yang diadakan di padang hijau yang luas dan berbukit-bukit. Pengunjung juga diberi peluang untuk memberi makanan kepada kambing biri-biri di sini.

Selepas melihat pertunjukkan kambing biri-biri, saya turut menikmati pertunjukkan kuda bersama koboi yang mengelilingi kandang yang bulat dengan pelbagai aksi yang menarik.

Semasa berada di sini, cuaca di waktu petang sejuk dan berkabus. Saya sempat menikmati secawan kopi panas sambil menghayati keindahan yang mungkin tidak akan terulang lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat