Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

- Advertisement -

Cyberjaya – Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

Ketika dihubungi, salah seorang kakitangan yang menjawab panggilan telefon tersebut dilihat agak marah dan kasar.

Malah dia juga menolak permintaan wartawan kami untuk bercakap dengan wakil penganjur bagi mendapatkan maklumbalas.

“Pandai ye nak korek maklumat, apa yang boleh saya katakan setakat ini isu itu adalah fitnah,” katanya ringkas.

Klik: Skim Penipuan Korban Luar Negara, PPIM Terima Banyak Aduan

Klik: “Demi Allah Saya Akan Terus Berjuang Demi Fardu Kifayah Ini”

Klik: GTR Ikrar ‘Perang’ Dengan Penipuan Ibadah Korban Di Benua Afrika

Klik: Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur

Ketika diminta untuk memberikan nama dan jawatan untuk dimasukkan di dalam laporan berita yang akan ditulis, wanita tersebut enggan memberikan kerjasama.

“Tak perlu nama! Memang macam inikah kerja wartawan?” soalnya dengan nada yang emosi.

Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) sebelum ini meminta sebuah yayasan yang menganjurkan program seumpama itu untuk tampil membuat penjelasan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat turut berkata pihaknya telah menerima banyak aduan mengenai isu tersebut.

Isu tersebut timbul apabila beberapa orang peserta mempertikaikan gambar korban mengunakan lembu yang sama untuk kumpulan peserta yang berbeza.

SuaraTV pada Khamis telah menghubungi pihak penganjur bagi mendapatkan maklumbalas.

Namun sehingga berita ini ditulis tiada sebarang maklumbalas yang diberikan.

Walaupun pada awalnya salah seorang kakitangan yang bertugas berjanji akan menghubungi semula untuk memberikan komen.

Sementara itu, menurut salah seorang peserta Adzliena Ab Rahim dari Melaka turut kecewa dengan reaksi yang diterima daripada pihak penganjur.

“Saya antara salah seorang yang buat korban itu. Saya ada buat komen di page Yayasan tu tanya pasal hal ini dan ada letak link post ni di sana dekat semua komen.

“Tak sampai lima minit saya tengok semua komen saya telah di delete dan dah kena block. Apa maksudnya itu,” soalnya pula.

Penganjur turut menghapuskan kumpulan perbualan applikasi Telegram yang sebelum ini digunakan untuk mengemaskini maklumat terkini kepada semua yang terlibat.

Untuk rekod, awal tahun lalu Yayasan tersebut melancar program Misi Korban ke Benua Afrika dengan menyasarkan penyertaan rakyat Malaysia.

Antara negara Islam termiskin yang ditetapkan di benua Afrika ialah Chad, Kenya, Djibouti, Nigeria dan sebagainya.

Pihak penganjur turut mengunakan golongan agamawan dan artis terkenal sebagai duta program bagi menarik minat peserta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat