GTR Ikrar ‘Perang’ Dengan Penipuan Ibadah Korban Di Benua Afrika

- Advertisement -

Cyberjaya – Sekumpulan penternak ruminan berikrar untuk memerangi skim penipuan ibadah korban yang diadakan di luar negara bagi mengelakkan masyarakat terus menjadi mangsa.

Timbalan Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat berkata, hasil kajian yang dilakukan sejak beberapa tahun adalah mustahil untuk mendapatkan harga lembu murah seperti yang diwar-warkan.

“Bukan sengaja kami nak hingaq (bising) benda macam ini kami dah selidiki beberapa tahun. Kebanyakan penganjur korban luar negara sangka mereka dapat beli lembu dengan harga murah.

“Mungkin sebelum 2013 lembu dan kambing di Afrika memang murah, namun selepas adanya ESCAS (Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport) dari Australia menyebabkan negara Arab Saudi terpaksa membeli dari Benua Afrika menjadikan harga ternakan di sana melonjak tinggi dan tidak murah lagi.

“Malah negara macam Afrika Selatan, Botswana mereka mengeksport daging lembu hingga ke Eropah kerana kualiti ternakan yang baik,” katanya lagi.

Terdahulu SuaraTV mendedahkan beberapa peserta korban kembara di benua Afrika mendakwa tertipu dengan penganjur program tersebut.

Menurut salah seorang peserta mereka mendapati pihak penganjur telah mengunakan lembu korban yang sama untuk kumpulan peserta kumpulan yang berbeza.

“Mereka mengirimkan beberapa keping gambar lembu korban yang telah disembelih dengan nama peserta melalui satu kumpulan perbualan applikasi Telegram.

“Tapi apabila saya teliti kembali ternyata terdapat beberapa gambar mengunakan haiwan korban yang sama, tapi dengan nama kumpulan yang berbeza,” katanya pada Rabu.

Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur

Nordin turut menegaskan tawaran harga korban dibawah RM400 untuk satu bahagian adalah tidak masuk akal dan mustahil.

Ini kerana menurutnya harga seekor lembu korban di negara Afrika tidak lagi murah dan juga dengan tambahan kos pengurusan dan pengiklanan syarikat penganjur.

Malah beliau turut menyeru agar masyarakat untuk bersama memerangi skim penipuan ini bagi mengelakan lebih ramai yang menjadi mangsa.

“Penganjur mudah sangat percaya dengan kata-kata NGO di sana, yang belum tentu akan laksanakan korban dengan telus sebab tidak di audit oleh sesiapa.

“Mereka boleh mengutip wang dari rakyat Malaysia tanpa kawalan sesiapa. Harga korban 1 bahagian bawah RM400 memang tidak munasabah. Apatah lagi dengan harga serendah RM200 ke RM300 yang banyak ditawarkan penganjur

“Di tambah dengan kos pengiklanan yang bukan calang- calang. Ayuh kita perangi penipuan ibadah korban seperti ini,” tegasnya lagi.

Hasil carian yang dilakukan terdapat beberapa pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut menawarkan pakej murah untuk ibadah korban di benua Afrika.

Antara negara Islam termiskin yang ditetapkan di benua Afrika ialah Chad, Kenya, Djibouti, Nigeria dan sebagainya.

Pihak penganjur turut mengunakan golongan agamawan dan artis terkenal sebagai duta program bagi menarik minat peserta.

Untuk rekod GTR ditubuhkan lapan tahun lalu dengan keahlian berdaftar hampir 4,000 orang di seluruh negara.

Ia ditubuhkan bagi membantu keperluan industri penternakan negara yang hanya mampu mengeluarkan kurang 10 peratus hasil ternakan dan produk tenusu.

Kelab tersebut turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi berkongsi dan bertukar maklumat mengenai ternakan ruminan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat