Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur

- Advertisement -

Cyberjaya – Sekumpulan peserta korban Kembara di Benua Afrika mendakwa tertipu dengan sebuah yayasan terkemuka yang menganjurkan program tersebut.

Salah seorang peserta ketika dihubungi berkata hasil penelitian yang dilakukan mendapati pihak penganjur mengunakan lembu korban yang sama untuk kumpulan peserta yang berbeza.

“Mereka mengirimkan beberapa keping gambar lembu korban yang telah disembelih dengan nama peserta melalui satu kumpulan perbualan applikasi Telegram.

“Tapi apabila saya teliti kembali ternyata terdapat beberapa gambar mengunakan haiwan korban yang sama, tapi dengan nama kumpulan yang berbeza,” katanya yang enggan mendedahkan identitinya sebentar tadi.

Pihaknya cuba untuk menghubungi penganjur bagi mendapatkan kepastian namun sehingga kini talian telefon yang digunakan tidak dijawab.

“Saya dah cuba telefon banyak kali, namun tiada jawapan, saya akan cuba lagi esok.

“Sekiranya masih tiada jawapan saya akan membuat satu laporan polis agar siasatan dapat dilakukan,” jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Timbalan Pengerusi Kelab Generasi Tranformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat ketika dihubungi berkata pihak penganjur digesa untuk memberikan penjelasan berhubung isu ini.

“Sebahagian gambar korban yang diadakan di Chad katanya. Kalau yang ‘kenal’ lembu boleh kot nampak lembu yang sama di guna kepada nama yang berbeza

“Pihak penganjur, ustaz ustaz Duta sila bagi penjelasan kepada peserta yang buat korban,” katanya sebentar tadi.

SuaraTV sedang cuba untuk menghubungi wakil Yayasan tersebut bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini.

Awal tahun lalu Yayasan tersebut melancar program Misi Korban ke Benua Afrika dengan menyasarkan penyertaan rakyat Malaysia.

Antara negara Islam termiskin yang ditetapkan di benua Afrika ialah Chad, Kenya, Djibouti, Nigeria dan sebagainya.

Pihak penganjur turut mengunakan golongan agamawan dan artis terkenal sebagai duta program bagi menarik minat peserta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat