“Demi Allah Saya Akan Terus Berjuang Demi Fardu Kifayah Ini”

- Advertisement -

Cyberjaya – Tidak gentar dengan sebarang cabaran, Timbalan Presiden Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat bertegas untuk terus memperjuangkan isu berkaitan program korban luar negara yang menimbulkan keraguan banyak pihak.

Nordin melalui laman Facebook awal
pagi tadi berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang kenyataan maaf selagi tidak mendapat penjelasan yang memuaskan dari pihak pengajur.

“Saya tidak membuat tuduhan kepada YBIM (Yayasan Budi Ihsan Malaysia)
dalam posting tersebut tetapi meminta penjelasan dari pihak penganjur berkenaan terdapat beberapa gambar lembu korban yang nampak sangat serupa tetapi digunakan kepada lebih dari 7 orang peserta

“Saya tidak akan mendelete posting tersebut atau meminta maaf selagi pihak penganjur tidak dapat memberi penjelasan dan bukti yang memuaskan,” katanya melalui satu muatnaik di laman Facebook.

Nordin melalui satu kemaskini di Facebook pada Rabu, menggesa pihak penganjur memberikan penjelasan berhubung isu yang membabitkan ibadah qurban di benua Afrika.

Isu tersebut timbul apabila beberapa orang peserta mempertikaikan gambar korban mengunakan lembu yang sama untuk kumpulan peserta yang berbeza.

Klik:Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur

Klik:GTR Ikrar ‘Perang’ Dengan Penipuan Ibadah Korban Di Benua Afrika

Ekoran kenyataan tersebut, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) selaku penganjur telah mengeluarkan notis tuntutan sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai berniat jahat.

Melalui surat tuntutan tersebut YBIM meminta agar semua muatnaik dan kenyataan berkaitan program tersebut dihapuskan.

Ekoran surat tuntutan tersebut, Nordin bersumpah akan terus membangkitkan isu ini walaupun terpaksa berdepan dengan sebaran tindakan undang-undang.

“Saya tidak gentar dengan apa jua tindakan lanjut malah bersedia bila-bila masa untuk samada berdialog secara berdepan dengan pihak YBIM ataupun ke peringkat mahkamah bagi mencari kebenaran segala maklumat berkenaan program korban ini dari semua sudut.

“Demi Allah saya akan terus berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi fardhu kifayah ini supaya apa jua program korban luar negara pada masa depan akan lebih telus dan di pantau secara betul oleh pihak berkuasa KPDNKK, Bank Negara Malaysia dan juga SKMM demi kepentingan umat Islam di Negara ini,” tegasnya lagi.

SuaraTV pada Khamis telah menghubungi pihak penganjur bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini.

Namun sehingga berita ini ditulis tiada sebarang maklumbalas yang diberikan.

Walaupun pada awalnya salah seorang kakitangan yang bertugas di YBIM berkata akan menghubungi semula untuk memberikan kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat