25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 9,063 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 210 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, sembilan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lapan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.

“Sembilan lagi pula merupakan kes import dari luar negara,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Berikut perincian kes import dari luar negara:

– Filipina (empat kes di Sabah)
– Emiriah Arab Bersatu (satu kes di Selangor)
– Turki (satu kes di Selangor)
– Djibouti, Afrika Timur (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
– Australia (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
– Yaman (satu kes di Sarawak)

Beliau berkata, daripada 16 kes penularan dalam negara, 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (15 kes) adalah :

Perlis: 10 kes daripada Kluster PUI Sivagangga

Kedah: satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga

Pulau Pinang: satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga seperti yang diperincikan di bawah;

Perak: dua kes Influenza Like Illness (ILI) di klinik sentinel dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu kes saringan bergejala. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Kes jangkitan dalam negara yang melibatkan bukan warganegara (satu kes) pula adalah saringan tahanan yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata 15 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

“Ia menjadikan kumulatif kes yang yang pulih sepenuhnya sebanyak 8,728 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat