Isu Pekebun Musang King : Polis Buka Dua Kertas Siasatan Terhadap Ronnie Liu

- Advertisement -

RAUB – Polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Khiew berhubung kekecohan yang berlaku di Kompleks Mahkamah Raub Pahang serta menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021

Sebelum itu kekecohan berlaku di kompleks Mahkamah Raub selepas berlaku pertengkaran antara beberapa pemimpin politik dengan pihak berkuasa ketika proses permohonan reman 18 pekebun durian musang king yang berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun.

Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian musang king direman dua hari sehingga hari ini (Selasa), untuk siasatan lanjut sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang turut ditahan tetapi dilepaskan dengan ikat jamin kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Kesemua mereka ditahan pada Ahad selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat