Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meneruskan tradisi semangat Keluarga Malaysia dengan mengadakan Majlis Aidilfitri bersama Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

Beliau ketika ditemui pada majlis berkenaan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang menjadi korban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

“Hari ini adalah rumah terbuka saya. Kehadiran memang tidak dijangka sangat ramai, saya nak mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan dari seluruh negara yang datang untuk sama sama meraikan rumah terbuka ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua

“Dalam kita bergembira jangan lupa anggota tentera kita yang meninggal akibat daripada helikopter yang jatuh.

“Kepada keluarga mereka saya ucapkan takziah dan kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama dengan orang orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, pada jam 9 pagi, dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di Pangkalan TLDM ketika sesi latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal terdapat 10 mangsa berada dalam kedua-dua helikopter itu semasa kejadian dan tiada mangsa yang dilaporkan selamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat