TDM & TNI – AD, tahan 8 PATI cuba menyusup masuk ke Malaysia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

LUNDU – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI – AD) berjaya menyekat dan menahan 8 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran sempadan Malaysia – Indonesia pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas 1 Divisyen (MK 1 Divisyen) memaklumkan TDM melalui Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri telah menjalankan Operasi Awas /Keris Parang Siri 2/2024.

Menurutnya, anggota Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri telah melaksanakan rondaan bersama anggota TNI-AD di kawasan keselamatan Biawak pada jam 10.45 pagi.

“Semasa sedang melaksanakan rondaan, pasukan TDM dan TNI-AD mendapati 5 orang lelaki dan 3 wanita dewasa sedang berjalan melalui laluan tikus, daripada arah sempadan Indonesia dan cuba untuk merentas masuk ke Malaysia.

Pasukan TDM dan TNI-AD telah menahan dan melakukan pemeriksaan lanjut terhadap semua PATI dan mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya ditemui, ”katanya.

“Namun begitu, terdapat barang bukti lain yang ditemui seperti wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian dianggarkan bernilai RM 5,820.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

Kesemua PATI telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai dan anggota tentera yang telah berjaya membanteras kemasukan PATI.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan, ”menurut kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat