Yayasan Koreksional Malaysia tawarkan latihan kerjaya atasi masalah kesesakan dalam penjara

- Advertisement -

Yayasan Koreksional Malaysia telah mengadakan majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri kepada umum bertujuan memberikan pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai matlamat dan fungsi Yayasan tersebut.

Yayasan Koreksional Malaysia bertindak dengan memberikan bantuan berupa kerjaya latihan kemahiran dan akademik kepada penghuni dan kakitangan penjara.

Exco yayasan Koreksional Malaysia, Haji Wan rahman  berkata “Latihan akan diberikan mengikut minat dan potensi mereka. Sijil Kemahiran Malaysia juga diberikan, dalam amali dan teori dan ada juga bersasar dalam bidang 3D iaitu dirty, dangerous dan difficult. Sektor ini untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing,”

Menurut Wan Rahman lagi terdapat persepsi buruk kepada bekas banduan apabila mereka dibebaskan, mereka akan dipandang rendah serta dipnggirkan dari masyarakat.

Justeru, melalui yayasan ini, para banduan diberi peluang kedua dalam mencari peluang pekerjaan untuk menyara keluarga mereka, sebelum dan selepas dibebaskan.

Menurut Wan Ramzan, para banduan akan dilatih oleh pakar dalam satu-satu kemahiran yang diceburi supaya hasil kerja akan menjadi lebih berkualiti.

Latihan-latihan kemahiran yang ditawarkan seperti dalam bidang pertanian, jahitan, penternakan dan tawaran kerja di kilang-kilang dalam sektor perladangan.

Selain itu, terdapat juga latihan dalam bidang perkhidmatan, pembuatan makanan, perikanan, perabot kayu dan fabrik tenun, songket, dan batik.

Melalui yayasan, bekas banduan diberikan bantuan dari segi pinjaman kewangan dalam memulakan perniagaan melalui Tekun supaya mereka dapat berdikari dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sekaligus bekas banduan yang dibantu ini mampu menjana ekonomi serta dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai mereka supaya mereka tidak dipinggirkan dan berputus asa untuk berubah kepada kebaikan dan kembali semula ke penjara.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat