Pekebun Haram: Kerajaan Pahang Tidak Akan Berkompromi Tegas Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tidak sesekali akan berkompromi dengan pekebun haram yang meneroka tanah secara haram di negeri ini, tegas Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail.

Melalui catatan Facebooknya, Wan Rosdy berharap para pekebun haram dapat memberi kerjasama kepada penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka untuk membasmi kebun haram yang dijadual pada hari ini.

“Saya mendoakan para penguatkuasa yang menjalankan tugas membasmi penerokaan tanah haram diberi kekuatan untuk terus mempertahankan tanah Pahang daripada dicerobohi peneroka haram.

“Kerajaan negeri juga berharap, kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutamanya dalam kalangan petani-petani haram berkaitan penanaman durian Musang King di daerah Raub,” katanya.

May be an image of ‎text that says "‎S مريب ENTERI KERAJAAN NEGERI TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG MENEROKA TANAH SECARA HARAM DI PAHANG September 2020 " Kerajaan Negeri juga berharap, kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutamanya dalam kalangan petani-petani haram berkaitan penanaman durian Musang King di daerah Raub " YAB Dato' Sri Hj Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang wanrosdy.com Rosdy Bin Wan wanrosdyofficial PAHANG‎"‎

Sementara itu, memetik laporan Pahang Media, seramai 18 individu yang disyaki sebagai peneroka durian haram telah ditahan kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam tanpa kebenaran dan melakukan provokasi melampau kepada Anggota Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP).

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, kesemua mereka ditahan dalam Operasi Memusnahkan Kebun Haram Durian di Hutan Simpan kekal (HSK).

Dalam pada itu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Pahang menyokong usaha kerajaan negeri memusnahkan tanaman durian secara haram dan menyita barang termasuk kenderaan serta membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang menceroboh tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam, Raub.

Pengerusi Persatuan Belia Pamah Rawas Ulu Dong (PBPRUD), Nur Amin Nor Azahar, berkata persatuannya menyokong penuh tindakan YAB Wan Rosdy Wan Ismail atas ketegasannya berkaitan pencerobohan tanah haram di Pahang.

Dan katanya lagi, isu pencerobohan ini dapat diselesaikan dengan segera terutamanya di daerah Raub.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Pahang, Ahmad Faizal Sulaiman, ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Pahang patut dipuji.

Jelasnya lagi, Majlis Felda Pahang sentiasa menyokong penuh atas penguatkuasaan yang dijalankan demi kepentingan dan masa depan rakyat Pahang. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat