Peneroka Haram: ‘Ini Bukan isu Politik, Ini Adalah Soal Undang-Undang Yang Harus Ditegakkan’ – Fadzli Kamal

- Advertisement -

RAUB: Tindakan tegas kerajaan negeri Pahang yang menguatkuasakan undang-undang terhadap peneroka yang meneroka tanah secara haram untuk penanaman durian Musang King di Tras, Raub mendapat sokongan penuh daripada Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub.

Menurut Penyelarasnya, Fadzli Mohamad Kamal, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemimpin DAP yang bertindak memutar-belit isu ini.

Tegasnya, Ini bukan isu politik. Ini adalah soal undang-undang yang harus ditegakkan.

Katanya lagi, dalam hal ini, kami berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak berganjak seinci pun dengan keputusan demi manfaat rakyat dan negeri Pahang meskipun diasak oleh kelompok tertentu yang cuba mempolitikkan isu ini.

“Justeru, adalah tidak wajar DAP menyokong aktiviti penerokaan tanah secara haram terutama di kawasan Hutan Simpan Kekal yang berkeluasan hampir 250 ekar ini. Kenapa D4P menyokong aktiviti yang menyalahi undang-undang yang pada masa sama jelas memberi kesan buruk kepada ekosistem hutan untuk jangka masa panjang?

“Dulu DAP cuba menjadi hero di Sg Ichat Cameron Highlands dalam kes penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti pertanian. Kini berulang pula di Raub. Jangan hanya fikir untuk kepentingan undi semata-mata. Fikirlah soal kepentingan rakyat dan negeri secara keseluruhannya.” ujar Fadzli melalui kenyataan media.

Dalam pada itu, Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub berharap penguatkuasa dapat menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi demi menyelamatkan tanah di Pahang terus diteroka secara haram.

“Penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas, teruskan khidmat bakti anda. Jangan gentar. Tiada siapa melebihi undang-undang. Sabar dan tabah meskipun dihina dan diprovokasi oleh peneroka haram dan pemimpin DAP. Sesungguhnya, besar jasa dan sumbangan anda kepada rakyat dan negeri ini.

“Berhubung perkara ini, kami menggesa pelaku-pelaku yang menghina dan menghalang tugas Penjawat Awam dikenakan tindakan tegas di sisi undang-undang.

“Ribuan rakyat Pahang telah hadir ke Himpunan Anti Penerokaan Tanah Haram anjuran Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub pada 3 September tahun lalu di Raub bagi menentang sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram termasuklah untuk penanaman musang king. Dalam hal ini, rakyat Pahang sentiasa bersatu hati menyokong ketegasan Kerajaan Negeri Pahang dalam menguatkuasakan undang-undang.” katanya. -SuaraTV

Baca lagi:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat