KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian nahas helikopter di Lumut.
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Lumut, Perak hari ini.
“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini.
“Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.
“Saya juga mahukan ATM menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Sultan Ibrahim.