Konsep Al-Wasatiyyah Selari Dengan Konsep Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Konsep Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum dilihat selaras dengan konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan yang didukung Universiti Al-Azhar.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep tersebut telah terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremisme dan keganasan yang mampu meruntuhkan negara serta merugikan umat Islam.

“Di Malaysia, lepasan Al-Azhar membentuk suatu jaringan dan hubungan yang berterusan antara universiti serta alumninya dan mereka diamanahkan untuk membawa risalah Al-Azhar ‘Ummatan Wasata’ atau ‘Wasatiyyah’ dalam melaksanakan tugas mulia selaku ulama.

“Konsep ini selari dengan seruan Al-Quran untuk melahirkan masyarakat yang terbuka dan bertoleransi antara satu sama lain, khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk,” katanya ketika berucap secara dalam talian sempena Hari Al-Azhar Sedunia 2022 dan Ulang Tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) Ke-10, hari ini.

Malah menurutnya, pengaruh Al-Azhar dalam sejarah peradaban manusia memberi kesan kepada pembentukan institusi keilmuan pada hari ini.

“Kewujudan institusi keilmuan Islam di dunia khususnya di Malaysia, adalah hasil kurikulum pendidikan yang diasaskan oleh manhaj Universiti Al-Azhar terdahulu yang jauh ke hadapan dalam arena pendidikan atau Tarbiyyah Islam

“Manhaj Al-Azhar terbukti dapat mempertahankan akidah Ahli Sunah Waljamaah daripada beberapa fahaman seperti Khawarij, Muktazilah, Syiah, Salafi, Zahiriyyah, Batiniyyah, Takfiriyyah, liberalisme, pluralisme dan beberapa fahaman yang muncul pada zaman moden ini,” katanya.

Tambahnya lagi, Al-Azhar juga menolak aliran kafir-mengkafirkan yang dianggap menjadi punca berlaku pecah belah sesama Islam yang sekali gus menyekat pembangunan ummah.

“Kecemerlangan Al-Azhar termasuk para guru yang hebat ilmunya, kurikulum pendidikan yang bersepadu dan manhaj Wasatiyyah, sewajarnya dimanfaatkan oleh umat Islam di Malaysia dalam membina sebuah generasi berilmu yang bukan hanya cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat