Bukan mustahil untuk DAP dan UMNO bekerjasama – A.Kadir Jasin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bukan satu perkara yang mustahil bagi DAP dan UMNO untuk bekerjasama membentuk sebuah kerajaan, kata Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin.

Menurut Kadir, bagi menarik sokongan bukan Melayu yang tidak lagi bersama Barisan Nasional, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP.

“Apakah UMNO yang terdesak untuk kembali berkuasa tidak terfikir untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang kuat seperti DAP?

“Barisan Nasional (BN) sudah nazak. MCA dan MIC tidak dapat menarik undi bukan Melayu lagi. Undi Cina dan India sudah dibolot DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook peribadi beliau.

Beliau juga berhujah bahawa DAP yang membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) juga ingin kenbali berkuasa boleh membentuk gabungan baru termasuk dengan UMNO.

“Tidak menghairankan jika DAP, yang pernah merasa nikmat kuasa melalui PH, beraspirasi untuk kembali semula ke Putrajaya melalui sebuah pakatan baru yang termasuk Umno.

“Kalau Dr Mahathir Mohamad boleh bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menumbangkan BN, apakah Umno tidak terfikir kaedah yang sama?

“Wallahuaklam. Demikianlah muslihat dan tipu-helah politik di mana konspirasi bukan sekadar teori tetapi boleh bertukar menjadi realiti,” katanya lagi.

Dalam tulisannya, Kadir turut mendedahkan beliau menerima mesej menerusi WhatsApp dari seorang pengurus tabungan yang berpengkalan di Hong Kong tentang kerjasama antara dua parti itu.

Mesej itu diterima pada petang Jumaat lepas, hari di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan sebagai Menteri Besar Perak.

“Jam 6.42 petang seorang pengurus tabungan (fund manager) keturunan Cina Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong WhatsApp: Umno + DAP kerja bersama. Pasukan impian akhirnya menjadi kenyataan,” tulis beliau.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya bagi mengekalkan kedudukan sebagai menteri besar.

Sebanyak 48 undi menolak usul keyakinan itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat