Zahid tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik di Perak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau berharap agar kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu agar dapat dikekalkan.

“Namun kita tahu, dari segi kenyataan Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, maka satu pendekatan akan diambil oleh UMNO dan BN bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu tetapi ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk merupakan kerajaan yang lebih kukuh dokongannya.

“Oleh itu saya akan kemukakan cadangan nama kepada Sultan Perak untuk perkenan Tuanku dan Tuanku yang akan tentukan secara mutlak, kerana itu kuasa Tuanku sepenuhnya bagi menentukan siapa yang akan diperkenankan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selama hampir satu jam bagi menyembah maklum situasi terkini politik dan pendirian UMNO dalam krisis yang berlaku.

Ujarnya, UMNO dan BN akan melihat segala kemungkinan yang ada termasuk bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan lihat semua kemungkinan, saya sebutkan seboleh mungkin kita kekalkan jajaran terdahulu tapi kalau itu kita tidak dapat lakukan, tentu ada penyesuaian yang harus dilakukan untuk penjajaran yang baru.

“Semua kemungkinan akan ada (kerjasama dengan PH). Itu tertakluk pada keputusan muktamad oleh pihak parti,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau telah berbincang dengan parti lain bagi menentukan gabungan kerajaan baharu di Perak, ini jawabnya:

“Saya telah hadiri Mesyuarat Perhubungan UMNO malam tadi. Saya bertemu semua ADUN Perak yang mewakili UMNO dan perbincangan dengan parti-parti lain di negeri Perak itu telah diadakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO and BN Perak manakala saya akan adakan perbincangan di peringkat pusat,” katanya.

Ujarnya, setelah ia dapat dimuktamadkan, UMNO akan mengemukakan nama calon Menteri Besar Perak yang baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat