Puncak Niaga Tiada Kaitan Urusan Air Bersih Di Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM: Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga) tidak lagi bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan air bersih di Selangor sejak lima tahun lalu.

Jabatan Perhubungan Awam syarikat itu, dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan urusan berkenaan sudah diambil alih oleh kerajaan Selangor pada 15 Oktober 2015.

Pada tarikh itu, Puncak Niaga memaklumkan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) diambil alih oleh kerajaan Selangor dan ditukar namanya kepada Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor).

“Oleh itu, segala urusan mengenai bekalan air bersih di Selangor tidak lagi diurus oleh Puncak Niaga dan Tan Sri Rozali Ismail (Pengerusi Eksekutif) bermula 15 Oktober 2015.

“Segala urusan yang berkaitan dengan air bersih di Selangor boleh dibincang dan berhubung terus dengan Air Selangor,” menurut kenyataan syarikat itu.

Puncak Niaga ialah syarikat konsesi bekalan air yang membekal dan mengagihkan air dirawat kepada pelanggan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

SYABAS adalah anak syarikatnya sehingga 2014 apabila ia bertukar nama kepada Air Selangor.

Pada Februari 2015, media melaporkan Puncak Niaga Holdings dan Pengurusan Air Selangor memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat pada 11 November 2014 di mana kedua-dua pihak bersetuju terhadap cadangan pelupusan satu sama lain dengan bayaran tunai RM1.55 bilion.

Perjanjian itu dimeterai bagi menyatukan dan menstrukturkan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berikutan itu, industri air Selangor diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan Selangor, manakala Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem bekalan air terawat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat