Parti Guna Nama Agama Tiada Tempat Di Sabah: Anifah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti politik yang menggunakan nama agama tidak akan mendapat tempat di Sabah.

Penegasaan itu dibuat Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yang turut memaklumkan parti politik yang menggunakan nama agama mungkin berkesan di Malaya tetapi, tidak sesekali di Sabah.

“Jangan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama di Sabah, kekalkan parti itu di Malaya sahaja.

“Saya? Saya seorang Muslim yang cintai agama saya, namun, cara orang Sabah mencintai agama adalah berbeza, dan orang Sabah tidak suka agama dan politik dihubungkaitkan,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

Meskipun tidak menamakan parti yang dimaksudkan tersebut, Anifah mungkin merujuk kepada Pas memandangkan sebelum ini ada ura-ura cadangan untuk menempatkan calon Islam di Parlimen P.185 Batu Sapi dan juga gesaan supaya wakil Pas menganggotai Kerajaan Negeri Sabah.

Beliau berkata, Sabah sebuah negeri yang unik dan masyarakatnya bertolak ansur dan mencintai sesama sendiri tanpa mengira kaum dan agama
“Kadang kala, kita nampak ada parti politik yang menggunakan nama agama di Malaya. Ianya mungkin berkesan di Malaya, tetapi tidak sesekali di Sabah.

“Mohon maaf, jangan bawa mana-mana parti politik yang menggunakan nama agama ke Sabah. Kalau anda faham keadaan Sabah, tentu anda akan bersetuju dengan kami,” ujar Anifah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat