691 Kes Baru Covid Termasuk 394 Jangkitan Di Penjara Kedah & 219 Kes Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 13,504 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,936 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 691 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 688 kes, selebihnya tiga kes import.

“Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.

“Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal. Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran,” katanya pada sidang media di kediaman beliau hari ini.

Perincian bagi kes import membabitkan satu warganegara yang balik dari India (Kuala Lumpur) dan dua bukan warganegara membabitkan individu balik dari Mesir (Kuala Lumpur) serta individu balik dari Filipina (Selangor).

Daripada 688 kes penularan di dalam negara, 661 kes membabitkan warganegara Malaysia dan 27 kes adalah bukan warganegara.

Penularan Covid-19 dalam negara tertinggi direkodkan di Kedah (397 kes) diikuti Sabah (219 kes) dan Selangor (38 kes).

Penularan wabak itu di negeri lain, antaranya Perak (8 kes), Negeri Sembilan (7 kes), Johor (6 kes), Kuala Lumpur (4 kes), Sarawak (3 kes), Pulau Pinang (3 kes), Terengganu (1 kes), Putrajaya (1 kes) dan Labuan (1 kes).

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ada 87 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,427 kes.

“Sehingga kini, 31 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapandaripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 141 kes. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat