Letupan Beirut: Kargo Bahaya Dalam Kapal Tersadai Punca Letupan

- Advertisement -

LUBNAN: Ketika siasatan kerajaan Lubnan mengenai letupan dahsyat di Beirut berterusan, sumber rasmi menyatakan kemungkinan penyebabnya ialah penghantaran baja pertanian secara besar-besaran yang disimpan di pelabuhan Beirut tanpa langkah keselamatan yang betul selama bertahun-tahun – walaupun terdapat peringatan oleh pakar tempatan.

Dokumen yang baru dikaji oleh CNN mendedahkan bahawa penghantaran 2,750 metrik tan ammonium nitrat itu, tiba di Beirut dengan kapal milik Rusia pada tahun 2013.

Kapal itu, yang diberi nama MV Rhosus, dalam perjalanan untuk ke Mozambique – tetapi berhenti di Beirut kerana masalah kewangan. Keadaan dalam kapal itu diburukkan lagi oleh perbalahan antara kru dari Rusia dan Ukraine (berikutan pergolakan antara 2 negara).

Setelah tiba, kapal itu tidak pernah meninggalkan pelabuhan Beirut, menurut Pengarah Kastam Lebanon, Badri Daher – meskipun berulang kali diperingatkan olehnya dan yang lain bahawa kargo di atas kapal tersebut adalah sama seperti menyimpan “bom terapung.”

“Oleh kerana bahaya yang sangat besar dibawa melalui kargo kapal tersebut, ditambah dengan keadaan iklim Lubnan yang tidak sesuai, kami mengulangi permintaan kami kepada pihak berkuasa Pelabuhan untuk mengeksport kembali kargo berkenaan dengan segera untuk menjaga keselamatan pelabuhan dan mereka yang bekerja di dalamnya,” kata bekas Pengarah Kastam Daher, Chafic Merhci dalam sepucuk surat kepada hakim pada tahun 2016.

Pihak berkuasa Lubnan belum menamakan MV Rhosus sebagai sumber bahan yang akhirnya meletup di Beirut pada hari Selasa, tetapi Perdana Menteri Hassan Diab mengatakan letupan dahsyat itu disebabkan oleh 2.750 tan ammonium nitrat. Dia menambahkan bahawa bahan itu disimpan selama enam tahun di gudang pelabuhan berkenaan tanpa langkah keselamatan, sehingga “membahayakan keselamatan penduduk.”

Ketua keselamatan umum Lubnan juga mengatakan “bahan yang sangat mudah meletup” telah dirampas beberapa tahun sebelumnya dan disimpan di gudang, yang hanya beberapa minit berjalan kaki dari kawasan tumpuan ramai di Beirut. Letupan besar hari Selasa itu, yang menggegarkan ibu negara, menyebabkan sekurang-kurangnya 135 mati dan 5,000 cedera.

Pada hari Rabu, Menteri Penerangan Lubnan Manal Abdel Samad Najd mengatakan terdapat dokumen sejak tahun 2014 yang membuktikan adanya pertukaran maklumat mengenai “bahan” yang disita oleh pihak berkuasa Lubnan.

Beliau memberitahu saluran TV milik negara Al Mamlaka di Jordan bahawa pertukaran itu sedang dipertimbangkan berkaitan dengan kemungkinan penyebab letupan Beirut yang merbahaya itu.

Ditanya dalam wawancara melalui telefon jika ada penemuan awal dalam siasatan berkaitan dengan punca letupan, dia berkata, “Tidak ada hasil awal atau penjelasan (setakat ini) -CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat