Skandal Terowong: Guan Eng Bakal Ditahan SPRM Petang Ini?

Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di...

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selewat-lewatnya petang ini.

Menurut sumber dekat SPRM, Guan Eng yang juga merupakan bekas menteri kewangan itu bakal ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi yang direkodkan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat yang mendakwa beliau. Ya, paling lewat petang ini,” kata sumber itu ringkas ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

DAP sebelum ini memaklumkan Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan minggu ini.

Terdahulu Guan Eng telah dipanggil untuk memberi keterangan sebanyak tiga kali

Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kes itu ialah pada 26 Julai lepas selama, kira-kira tujuh jam sebelum dilihat meninggalkan pejabat SPRM pada 7.13 malam.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa individu dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata siasatan adalah berkaitan pengubahan wang.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Projek berkenaan dirancang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Berita Berkaitan