Tiada Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Zuraida Kamaruddin memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana negara ini masih belum bersedia untuk ke arah perkara tersebut.

“Kerajaan PN tidak akan laksanakan pilihan raya kerajaan tempatan, yang saya juga lihat  satu perkara drastik.

“Masyarakat dan PBT kita tak bersedia,” katanya dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Zuraidah memberitahu Dewan Rakyat bahawa kertas pilihan raya kerajaan tempatan akan dibentangkan pada pertengahan 2021 bagi mendapat persetujuan kabinet.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat bantahan daripada Umno, PAS dan GPS.

Bagaimanapun, dalam ucapannya, Zuraidah berpendapat bahawa pilihan raya tempatan seperti yang dibuat oleh negara-negara dunia ketiga mampu memperkasakan kewujudan ahli majlis.

“Kita tidak semestinya mengikut model mereka, tetapi jika ada pilihan raya kerajaan tempatan, standard dewan sama dengan menteri, dan mereka dapat berhujah di forum antarabangsa,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat