Isu PATI: Malaysia Tuntut Al Jazeera Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Bunuh Diri Dalam Lokap Thailand

KANGAR - Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam lokap Polis Daerah Padang Besar, Sadao, Thailand, Jumaat lalu. Lelaki yang berasal dari...

PAS, Umno & Bersatu Tak Boleh Berpisah – Hadi

Cyberjaya - PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang beekata demikian dalam status...

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menuntut agensi berita antarabangsa, Al Jazeera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia susulan menyiarkan fakta tidak benar mengenai layanan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika usaha mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan dokumentari itu bukan sahaja berniat jahat, malah mengelirukan, membuta-tuli dan tidak mempunyai fakta yang jelas.

Tegas beliau, laporan itu juga jelas tidak beretika dan tidak wajar disiarkan.

“Sebagai sebuah media antarabangsa, kita minta Al Jazeera menghentikan tindakan (menyiarkan dokumentari) dan mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Isnin.

Sebuah dokumentari disiarkan Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, agensi berita itu turut melakukan pembohongan apabila mendakwa kanak-kanak PATI diperlakukan dengan kejam termasuk digari ketika dibawa ke Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Jelas Ismail Sabri, realiti yang berlaku ialah kanak-kanak itu tidak digari malah diasingkan daripada tahanan lain dan ditempatkan bersama ibu bapa mereka.

“Ini fakta sebenar. Al Jazeera tak ingin tahu fakta sebenar ini bahkan atas niat tidak baik menuduh kita rasis, ini juga tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan, tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan PATI adalah berlandaskan Akta Imigresen.

“Undang-undang itu membolehkan individu yang tidak mempunyai dokumen sah ditangkap dan ini selaras dengan undang-undang di negara lain,” ujarnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...