Perpustakaan Rayu Jangan Panaskan Buku Dalam Microwave Untuk Bunuh Covid

- Advertisement -

MICHIGAN: “Kami berpendapat, sebilangan perkara, hanya perlu dibiarkan begitu saja”, satu darinya: Jangan masukkan buka anda dalam ketuhar gelombang mikro untuk menyingkirkan coronavirus”.

Itulah kata-kata dari kakitangan di Perpustakaan Daerah Kent di Grand Rapids, Michigan kepada semua peminjam bukunya.

Ini setelah beberapa hari yang lalu, perpustakaan itu menerima sebuah buku yang nampaknya telah dibakar dalam microwave.

Elizabeth Guarino-Kozlowicz, pengurus wilayah Perpustakaan Daerah Kent, berpendapat, ia mempunyai kaitan dengan Covid-19. “Saya benar-benar tidak pasti mengapa seseorang melakukan ini,” kata Kozlowicz kepada CNN.

Dia juga mencatatkan kejadian tersebut dalam akaun Facebook rasmi perpustakaan berkenaan.

“Anda lihat, setiap buku di perpustakaan itu – dan perpustakaan di seluruh negara – mempunyai tanda pengenalan frekuensi radio logam (RFID) yang boleh dan akan terbakar dalam gelombang mikro. Tag juga boleh terbakar”, menurut catatan dalam akaun Facebook berkenaan.

Tetapi ia menimbulkan persoalan: Bagaimana kita tahu buku-buku kita bebas virus?

Awal tahun ini, Institut Perkhidmatan Muzium dan Perpustakaan (IMLS) mengadakan webinar mengenai topik ini dengan David Berendes, seorang ahli epidemiologi CDC.

“Anda tidak perlu terlalu bimbang untuk mencari jalan umembasmi kuman pada bahan-bahan itu,” kata Berendes kepada para hadirin, menurut ringkasan pertemuan itu. “Virus, jika ada, adalah dalam jumlah yang sangat rendah dan akan mati dengan cepat.

Selain itu, perpustakaan turut mempunyai protokol tersendiri berkaitan perkara tersebut, kata Kozlowicz.

– CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat