Hakim Nazlan Seolah-Olah Letak Dirinya Sebagai Pendakwa Raya Kedua – Peguam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini yang menerima keterangan saksi pendakwaan ke 42, Datuk Suboh Md Yasin, seolah-olah meletakkan dirinya sebagai ‘pendakwa raya’ kedua, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Pada hari kedua prosiding rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah berhujah, bukti telah menunjukkan Suboh, sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai, kerana berulang kali memberi kenyataan yang bercanggah.

Katanya lagi, Mohd Nazlan sepatutnya mengambil kira beberapa bukti bahawa daripada lima keterangan Suboh, tiga daripadanya bercanggah dengan dua keterangan awal.

“Sewaktu saya memeriksa balas Suboh, dia mengaku tidak pernah menandatangani (enam surat kebenaran transaksi dana SRC International) secara fizikal.

“Dia juga mengaku kenyataan awalnya yang menandatangani surat berkenaan selepas Nik Faisal Nik Ahmad Kamil juga tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding hari kedua itu.

Muhammad Shafee berkata, perkara itu telah pun dibangkitkan di peringkat Mahkamah Tinggi, namun Mohd Nazlan berkata Suboh mungkin terlupa.

Tegasnya lagi, jika Mohd Nazlan terus menggugurkan Suboh daripada senarai saksi, keseluruhan kes itu akan terbatal, dan Najib boleh dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Sewaktu prosiding rayuan, Muhammad Shafee memberitahu panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa dana RM42 juta itu datang daripada RM4 bilion yang dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Selain itu, Mahkamah Rayuan juga diberitahu, pihak pendakwaan gagal membuktikan Najib menyalahguna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Ketika itu dalam dua mesyuarat Kabinet bagi meluluskan pinjaman tersebut.

Hujah Muhammad Shafee lagi, ia juga tidak masuk akal jika Najib sanggup menunggu selama tiga tahun setengah semata-mata untuk mendapatkan imbuhan RM42 juta seperti dalam pertuduhan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat.

Perbicaraan bersambung esok. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat