Hakim Arah Peguam Bela Najib Guna Bahasa Sopan

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menasihati peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya menggunakan kata-kata sopan semasa menggambarkan hakim yang mensabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Dana Bhd.

Abdul Karim, yang mengetuai panel tiga hakim memberitahu Muhammad Shafee bahawa beliau boleh menggunakan ungkapan seperti “terkhilaf dari segi undang-undang” dan “tersalah arah” untuk menunjukkan kelemahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya rasa jika kita boleh menggunakan kata-kata yang lebih baik dengan menghormati hakim yang bijaksana … cari kata sifat yang lebih baik untuk menggambarkannya. Selain daripada mengatakan “meracuni penilaiannya”, “ sangat tidak cekap”, boleh anda cari perkatan lain? Hormatilah hakim.

“Guna kata-kata seperti terkhilaf, beliau telah melakukan kesilapan, telah salah arah, bukan dengan mengatakan sangat tidak cekap,” kata Abdul Karim, yang mendengar rayuan Najib itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee: Bolehkah saya katakan bahawa hakim bijaksana itu telah menunjukkan ketidakcekapan.

Abdul Karim: Ya.

Sebelum itu, Muhammad Shafee dalam hujahnya pada prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC itu, berkata hakim yang mendengar kes itu tidak berwibawa ketika membuat keputusan terhadap anak guamnya.

“Bolehkah kita katakan dengan penuh rasa hormat, bahawa hakim yang bijaksana itu sama sekali tidak cekap dalam kes ini, dan satu-satunya penjelasan yang dapat saya buat mengenai bagaimana kesilapan seperti ini boleh berlaku. Itu membawa kepada sama ada kami telah mendapat perbicaraan yang adil dalam kes ini.

“Sekarang, saya ingin menambah satu lagi alasan iaitu dengan memasukkan apa yang tidak seharusnya ada dalam alasan penghakiman dan rekod prosiding, memandangkan dalam penemuan prima facie ada unsur yang sebelumnya tidak ada tetapi seperti telah ada. Apakah hakim telah meracuni alasan penghakimannya?

“Adakah racun berlaku dalam alasan penghakimannya bahawa Yang Arif (mahkamah ini) perlu melihat kembali alasan-alasan yang baharu, kita semua. Itu satu lagi persoalan yang ingin saya ajukan,” kata peguam itu.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri itu, setelah mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Prosiding rayuan bersambung.

— BERNAMA

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...