1,300 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,300 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 353,329 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,276 kes penularan tempatan manakala, 24 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 14,161 kes.

“Terdapat lima kematian dilaporkan menjadikan sebanyak 1,300 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 1,412 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 337,868 kes,” katanya berkongsi maklumat situasi Covid-19 pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 189 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 88 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat