Zahid perlu ‘berkorban’ demi parti – Zakaria Dullah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disarankan agar mengundur diri daripada terus memegang jawatan utama parti demi mastikan kelangsungan UMNO agar terus relevan dalam landskap politik tanah air, kata Ketua UMNO bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.

Menurut Zakaria, membersihkan parti dan membuang imej ‘warlord’ merupakan jalan terbaik yang perlu dilakukan sekiranya UMNO itu benar-benar mahu berubah.

Katanya, bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kepimpinan UMNO sedia ada yang dilihat mempunyai liabiliti dan imej negatif kepada parti perlu ditukar.

“Sebagai pemimpin parti termasuk Presiden, sepatutnya mereka (pucuk kepimpinan parti) tahu ketika mana pengorbanan perlu dilakukan, lebih-lebih lagi dalam menentukan masa depan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Berundur setapak bukan bermakna kita akan hilang segalanya…Berundur setapak sebenarnya bagi mendapat nikmat yang jauh lebih baik di depan sana,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir turut sependapat dengan Zakaria dan menganggap Ahmad Zahid akan dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi sekiranya beliau mahu terus mempertahankan jawatan berkenaan.

Jelas beliau, Ahmad Zahid seharusnya memberi laluan kepada pemimpin UMNO yang dilihat lebih layak iaitu Timbalannya sendiri, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memulihkan kembali imej dan reputasi UMNO yang kini tercalar teruk.

“Saya yakin Tok Mat (Mohamad Hasan) lebih berupaya, bersih dan berwibawa untuk mengemudi parti pada PRU15 sekali gus membantu UMNO kembali bangkit.

“Bagi saya, sebagai seorang pemimpin yang sudah berpengalaman dalam mengikuti jatuh bangun UMNO, Ahmad Zahid diyakini akan memahami keperluan UMNO diberi peluang bernafas bermula.

“Kalau UMNO itu dapat bertahan dan muncul kembali nanti, maka kedudukan beliau mungkin akan diselamatkan UMNO di kemudian hari,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO jika mahu menteri dalam parti itu meletak jawatan atas dasar kepentingan bersama.

Sentimen itu turut disokong Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu kenyataan yang menyarankan pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat