Negara menua 2030: Kerajaan perlu sediakan pelan holistik kebajikan warga emas -MP Kuching

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyediakan pelan secara holistik dalam aspek penjagaan dan kebajikan warga emas apabila Malaysia memasuki negara menua menjelang 2030.

Dr Kelvin Yii (PH-Kuching) berkata negara mungkin berdepan ‘krisis’ yang serius jika langkah proaktif selari dengan keperluan kelompok itu tidak dilaksanakan.

“Isu ini sangat penting, justeru perancangan dan penyesuaian komprehensif merentasi pelbagai sektor dan kementerian perlu berikutan peralihan demografi Malaysia kepada masyarakat menua.

“Menjelang 2030, Malaysia dijangka secara rasmi menjadi negara menua dengan populasi warga emas diunjur meningkat secara drastik iaitu 5.3 juta orang atau lebih 15 peratus peratus daripada populasi negara berumur 60 tahun dan ke atas.

“Pada 2040 pula, satu daripada lima rakyat Malaysia diunjur berumur 60 tahun ke atas,” katanya ketika membahaskan usul junjung kasih ke atas Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata perhatian secara serius bukan hanya perlu ditumpukan kepada aspek kesihatan fizikal warga emas, malah negara dijangka turut berdepan isu kesihatan mental yang pelbagai.

Katanya, kajian menunjukkan 23 peratus atau 538,000 individu daripada 24 juta warga emas di negara ini menghadapi gejala sarang kosong atau kemurungan atas pelbagai faktor, antaranya kesunyian akibat berjauhan daripada anak-anak.

Sehubungan itu, katanya, penting untuk kerajaan wujudkan satu dasar atau sistem penjagaan warga emas yang bersifat holistik merangkumi bukan sahaja penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan aspek kewangan mereka terutama selepas bersara.

Beliau antara lain mencadangkan supaya Malaysia mengambil langkah seperti Jepun yang memberikan perhatian penuh kepada isu warga emas.

“Di Jepun ada kementerian khusus, iaitu Ministry of Loneliness. Mungkin Malaysia boleh kaji dan adaptasi sistem ini untuk keperluan kita.

“Malah, mereka ada sistem insurans jangka panjang atau LTCI yang diperkenalkan pada 2000. Sistem ini adalah asas penjagaan warga emas di Jepun.

“Pelbagai perkhidmatan (membabitkan warga emas) melalui LTCI, termasuk penjagaan di rumah, bantuan rumah, perkhidmatan jururawat pelawat, perkhidmatan berasaskan komuniti, khidmat harian, penginapan singkat dan rumah penjagaan khas untuk orang tua,” lapor BH.

Cadangan Dr Yii itu turut disokong Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) supaya warga emas yang sudah pencen diinsuranskan.

“Saya menyokong cadangan LTCI tadi. Saya lihat bahawa ini satu cadangan yang sangat bagus, apa yang dibuat di Jepun ini dicadangkan secara automatik kepada anggota perkhidmatan awam yang telah pencen. Supaya mereka dilindungi insurans daripada pencen (masing-masing),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat