Bilik sewa pekerja asing dirobohkan DBKL di Jalan Silang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 108 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan di empat buah premis di Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam operasi berkenaan, DBKL merobohkan 108 buah struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat buah premis yang dijadikan pecahan lot atau bilik sewa, rumah pekerja dikalangan warga negara asing menerusi dibawah kesalahan Seksyen 79, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

DBKL dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, operasi bersepadu itu dijalankan bersama kekuatan 103 orang pegawai dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Jabatan Integriti dan Jabatan Perancangan Korporat serta pasukan agensi sahabat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut serta dalam operasi bersepadu ini.

“DBKL sebelum ini telah mengeluarkan 4 notis penguatkuasaan dan tawaran kompaun pada 4 Januari 2024 terhadap empat buah premis berkenaan, surat pemberitahuan kesalahan kepada setiap pemilik premis pada 16 Januari 2024 dan notis pengosongan telah di tampal pada setiap unit premis berkenaan pada 29 Februari 2024 untuk pemilik-pemilik premis membuka mana-mana sekatan yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Operasi bersepadu berjalan dengan lancar dengan kerjasama padu dari semua pasukan agensi yang terlibat dan akan diteruskan dari masa ke semasa selepas ini,”kata DBKL.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat