Australia fokus keselamatan maritim susulan kebangkitan China

- Advertisement -

SYDNEY- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, hari ini berkata keselamatan maritim, perdagangan dan tenaga bersih akan membentuk masa depan negara dengan blok ASEAN.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kebangkitan Beijing yang kini berusaha untuk meningkatkan kehadirannya bukan saja di Laut China Selatan yang dipertikaikan, sebaliknya sudah memperluaskan pengaruh ke wilayah Pasifik dan Lautan Hindi.

Australia menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN di Melbourne, yang menandakan ulang tahun ke-50 hubungannya dengan ASEAN.

Kali ini, ia diadakan ketika blok 10 negara anggota berbelah bahagi mengenai rancangan China untuk memperluaskan kehadiran diplomatik dan ketenteraan di rantau itu.

“Australia komited untuk bekerjasama dengan anda untuk memastikan prinsip kedaulatan, integriti wilayah, kesaksamaan dan kemerdekaan ditegakkan.

“Ia bagi memastikan wilayah kita selamat, berdaya tahan, terbuka, inklusif dan makmur,” katanya dalam ucapan pada sidang kemuncak tiga hari yang berakhir hari ini, lapor Reuters.

Albanese menegaskan Australia dan ASEAN mesti bekerjasama untuk mengubah hubungan semula jadi mereka menjadi kerjasama yang lebih praktikal mengenai kelestarian dan keselamatan marin.

Komen itu dibuat ketika Filipina semalam memanggil Timbalan Ketua Misi China di Manila untuk membantah apa yang dipanggil ‘tindakan agresif’ oleh tentera laut China terhadap misi bekalan semula untuk tentera Filipina di Laut China Selatan.

Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan perdagangan laut bernilai lebih AS$3 trilion (RM14.2 trilion) setiap tahun, dan ia adalah sumber utama ketegangan dengan Filipina.

Kedua-dua negara terikat dengan pertikaian wilayah walaupun keputusan 2016 oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap mendapati bahawa tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang, namun Beijing menolak keputusan itu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa sidang akhbar dengan Albanese kelmarin, berkata terdapat ‘China-phobia’ yang semakin meningkat di Barat.

Dalam temu bual yang disiarkan semalam dalam akhbar Sydney Morning Herald, Anwar mendakwa risiko konflik di Laut China Selatan dibesar-besarkan.

Sidang kemuncak itu dijangka mengeluarkan deklarasi bersama hari ini, yang akan menggariskan pendirian ASEAN mengenai perang Israel-Palestin dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, lapor media.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat