Ketum ayam alternatif terbaik ganti dedak – Lih Kang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Industri, Chang Lih Kang memaklumkan terdapat alternatif makanan ternakan,haiwan yang boleh membantu mengurangkan kos bahan berkenaan iaitu pokok ketum ayam atau juga dikenali sebagai madre de agua atau nama saintifiknya ialah Trichanthera gigantea.

Menurut beliau, pokok ini merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Amerika Selatan serta mudah ditanam.

“Ianya digunakan dalam alternatif perubatan sebagai tonik untuk melancarkan peredaran darah, terapi Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.

“Selain itu, daun segarnya juga boleh diberikan terus kepada ternakan, haiwan atau diproses untuk mengurangkan kos makanan ternakan, haiwan.

“Pokok ini dikenali sebagai ketum ayam adalah kerana daunnya secara fizikal menyerupai pokok ketum dan digunakan sebagai sumber makanan ganti kepada haiwan seperti ayam,” katanya.

Cadangan ini menyusul kerana harga dedak sebagai makanan ternakan termasuk ayam semakin hari semakin melambung.

Mengulas lanjut Lih Kang berkata, antara isu dan cabaran utama dalam pertumbuhan subsektor ternakan, haiwan adalah kebergantungan kepada bahan makanan import.

“Salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah ini, aktiviti R&D bioteknologi pertanian perlu digiatkan untuk mengurangkan kebergantungan sumber makanan import.

“Subsektor ternakan,haiwan pada masa kini amat bergantung kepada bahan makanan import yang mudah terdedah kepada ketidaktentuan harga pasaran global. Kos yang tinggi dalam bahan makanan ternakan/haiwan import juga telah menyumbang dengan ketara kepada peningkatan import negara.

“Aktiviti penyelidikan perlu terus dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan bahan makanan gantian tempatan yang lebih ekonomik bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan import,” ujar beliau.

Lih Kang berkata, kajian yang lebih bersasar dalam subsektor ternakan,haiwan amat penting bagi mengenal pasti formulasi bahan makanan yang tepat serta diperlukan untuk keberkesanan terhadap penukaran bahan makanan bagi varieti lembu yang berbeza.

“Selain itu, industri ternakan,haiwan tempatan perlu dilindungi daripada pelbagai jangkitan dan penyakit (disebabkan oleh virus, bakteria, parasit dan lain-lain) untuk memastikan kelestarian pendapatan penternak dan menghasilkan makanan yang selamat untuk dimakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat