CYBERJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rosleli Jahari hari ini mengumumkan keluar parti seterusnya menyatakan hasrat mahu memohon menyertai UMNO kembali.
Video pengumuman beliau itu dimuat naik di Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Menurut Rosleli, serentak dengan pengumuman itu beliau akan turut sama membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama.
“Saya dengan rasa rendah hati syukur dan tawaduk kepada Allah ingin umumkan keluar dari parti Bersatu kerana hilang keyakinan kepada presiden parti dan pentadbiran seluruh Malaysia.
“Dengan ini saya memohon untuk sertai UMNO parti asal saya untuk saya kembali berjuang dalam parti UMNO dan khasnya membantu calon-calon atas tiket BN khasnya di kawasan DUN Johor Lama.
“Jadi tugas saya kepada Bersatu selesai apabila UMNO dan BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Johor,” katanya.
- Ahli MPT Bersatu Dakwa Dirinya Dapat Pahala Keluar UMNO
- Ketua Bersatu Mersing Letak Jawatan, Umum Sokong BN
- Kecewa Isu Gangguan Seksual, Ketua Srikandi Bersatu Kota Tinggi Isytihar Keluar Parti
- Bekas Ahli Parlimen PKR Dedah PH Fitnah Najib, UMNO Rompak RM19 Bilion
- Bekas Adun PAS Najib Lep ‘Laku Keras’ Sejak Jadi Calon Bebas