Ketua Bersatu Mersing Letak Jawatan, Umum Sokong BN

- Advertisement -

MERSING – Ketua Bahagian Bersatu Mersing Laili Yusof hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya selain mendakwa parti berkenaan tiada hala tuju.

“Walaupun keputusan ini mungkin agak terburu-buru menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sejujurnya saya telah hilang kepercayaan kepada Bersatu yang lari daripada prinsip asal parti.

“Bagi kami, Bersatu tiada hala tuju yang kukuh… kami rasakan penyertaan dan perjuangan kami selama ini hanya sia-sia dan menguntungkan pihak tertentu sahaja,” katanya di sebuah restoran di Endau hari ini.

Turut hadir pada majlis ringkas itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Endau Mohd Youzaimi Yusof.

Laili juga berkata keputusan itu diharap akan menjadi ikhtibar buat rakan lain dalam Bersatu terutama di Johor.

“Dengan ini, saya juga ingin menyatakan hasrat untuk kembali ke landasan asal (parti UMNO) sekali gus memberikan sokongan penuh kepada semua calon BN pada PRN Johor yang berlangsung Sabtu depan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat