PM Umum Dividen LTAT 4.1 Peratus Tertinggi Sejak 2018

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan agihan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2021 sebanyak 4.1 peratus, yang tertinggi dicatatkan sejak 2018.

“Tahun ini merupakan dividen yang tertinggi berbanding dengan tahun-tahun lepas selepas tahun 2018 sejak tampuk kepimpinan kerajaan bertukar tangan.

“LTAT juga mencatatkan peningkatan pendapatan kasar sebanyak 50.2 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM341.1 juta yang dicatatkan pada tahun 2020.

“Bayaran untuk dividen juga akan mula dibayar esok,” katanya, dipetik dari laporan Utusan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) Kem Segamat, di Johor Bahru.

Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan bersetuju membina fasa kedua Kem Segamat.

Katanya, pembinaan itu merangkumi fasiliti seperti pusat keselamatan angkatan tentera, blok pegawai dan blok kediaman.

“Proses perolehan sudah bermula dan akan dimuktamadkan pada tahun ini,” jelasnya.

Untuk rekod, pembinaan RKMAT pelbagai kelas di Kem Segamat dirancang di atas tanah berkeluasan 20.125 ekar pada tahun 2018 melibatkan peruntukan sebanyak RM147.7 juta bagi menampung keperluan kediaman buat pegawai dan anggota lain-Lain pangkat.

Sebanyak 305 unit kediaman merangkumi 25 unit rumah Pegawai dan 280 unit bagi anggota lain-lain pangkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat