Ismail Sabri Yakin BN Akan Menang PRN Johor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti selesa pada 12 Mac ini.

Memetik laporan BH, Ismail yang juga Naib Presiden UMNO berkata, BN juga perlu menang lebih daripada sekadar majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri.

“Peluang BN bagi saya adalah baik, namun seperti saya katakan dalam setiap apapun pertandingan sebelum wisel penamat ditiup dan diisytiharkan kemenangan kita masih tidak boleh katakan kita sudah menang.

“Jentera mesti terus bekerja sehinggalah diumumkan siapa yang menang siapa yang kalah…walaupun saya yakin, Menteri Besar Johor (Datuk Seri Hasni Mohammad) yakin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pun yakin, tetapi tidak cukup untuk yakin.

“Jentera masih perlu bekerja selagi kita belum menang dan supaya dapat pencapaian lebih baik, kita tak nak majoriti mudah, kita nak lebih daripada majoriti mudah kalau boleh dua pertiga dimenangi BN,” katanya kepada pemberita, selepas merasmikan sebanyak 305 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Kem Segamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat