Bekas Adun PAS Najib Lep ‘Laku Keras’ Sejak Jadi Calon Bebas

- Advertisement -

PAGOH – Sejak bertanding sebagai calon Bebas di DUN Bukit Pasir, Najib Lep mengakui menjadi ‘rebutan’ beberapa parti.

Penyandang tunggal kerusi PAS di Johor itu memberitahu beberapa parti cuba merisik untuk ‘melamar’ beliau menyertai parti mereka.

“Ada yang risik-risik tapi buat ketika ini biar saya bebas dahulu. Bagi saya menang dulu.

“Malam tadi jam 3.30 pagi saya mendapat panggilan telefon daripada seorang presiden sebuah parti… tapi saya cakap nanti tengoklah.

“Dia nak jumpa dan sebagainya, tapi saya tak boleh sebut siapa yang telefon saya, petang tadi pun ada juga simpan sahaja untuk kenangan.

“Yang risik saya empat, lima orang yang buat panggilan telefon peribadi.

“Salah seorang daripada mereka adalah presiden, tapi bukan parti besar pun parti biasa sahaja,” ujar Najib Lep dalam sidang media di PDM Panchor, malam ini.

Calon Bebas yang menggunakan logo Pen itu juga mendedahkan pada hari penamaan calon Sabtu lalu, beliau ada berjumpa dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan memaklumkan keputusannya untuk bertanding sebagai calon Bebas.

“Nik Abduh cuma kata lepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kita bincang (status saya).

“Saya memang tak nak keluar PAS tapi saya digugurkan mungkin tiada rezeki saya bersama PAS,” kata Najib lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai konsep wala’ ahli PAS kepada pimpinan, Najib memberi gambaran sebenar situasi dalaman PAS.

“Kalau ikutkan taat kepada ketua, ahli-ahli PAS memang wala’ tapi bila luahan pendapat akar umbi terutama di DUN Bukit Pasir dipandang ringan ia akan jadi kemelut dan masalah,” katanya.

Pada penamaan calon PRN Johor 26 Februari lalu, Najib mengejutkan ramai pihak dengan mencalonkan dirinya sebagai calon bebas bagi kerusi Bukit Pasir.

Najib adalah satu-satunya wakil PAS sebelum DUN Johor dibubarkan, pada 22 Januari lalu.

Langkah Najib itu menyebabkan dirinya dipecat kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim turut memaklumkan bahawa Najib telah menolak satu lagi kerusi ‘boleh menang’ yang ditawarkan kepadanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat