Ahli MPT Bersatu Dakwa Dirinya Dapat Pahala Keluar UMNO

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid percaya keputusan meninggalkan UMNO pada 2018 membolehkannya menerima pahala.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, ganjaran itu bakal diperoleh menerusi ibadahnya keluar daripada ‘dosa’.

“Apabila meninggalkan benda yang melibatkan dosa maka tentunya menjadi ibadah dan pahala kepada saya tetapi urusan pahala bukan kerja kita, sebaliknya ditentukan Allah.

“Namun, saya harap apa yang dibuat ini adalah ibadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meninggalkan UMNO dan menyertai gabungan dipimpinnya itu adalah satu bentuk ibadah.

Muhyiddin mendakwa, UMNO memiliki kluster mahkamah sekali gus meminta rakyat tidak bersubahat dengan golongan itu.

Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, persoalan tentang dosa sinonim dengan UMNO susulan segelintir kepemimpinannya yang terpalit dengan isu kluster mahkamah, kleptokrat dan lain-lain lagi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat