Inul terpaksa buang pekerja

- Advertisement -

Jakarta: Akibat pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi, penyanyi dangdut popular Indonesia yang juga ahli perniagaan, Inul Daratista terpaksa memecat semua pekerja pusat karaokenya di Jakarta.

Dalam satu temu bual bersama saluran YouTube KH Infotainment baru-baru ini, Inul mengakui tidak mampu lagi menanggung gaji pekerjanya sehingga terpaksa menggunakan simpanan kecemasan peribadi.

“Kalau terus bertahan, sudah pasti lebih banyak kerugian berbanding keuntungan kerana kita tak ada pendapatan, tak ada untung. Saya banyak keluarkan wang sendiri untuk bayar gaji pekerja,” katanya.

Inul juga memohon maaf kepada pekerja-pekerjanya dan berharap mereka memahami situasinya dalam tempoh krisis ini.

“Kepada semua yang dibuang kerja di Jakarta, maaf ya. Masalahnya, sudah lebih lapan bulan. Jadi, harap maklum. Satu cawangan ada 75 pekerja. Kalau lebih dari 30 hingga 40 cawangan, kira sendiri berapa jumlahnya,” katanya.

Sebelum itu, pada Mac lalu, Inul pernah berkongsi di Instagram mengenai penutupan sementara 60 pusat karaokenya di seluruh Indonesia.

Kini, di Jakarta sahaja, lebih 20 pusat karaokenya perlu ditutup sementara berikutan pelaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) kedua yang berlangsung baru-baru ini.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat