Golongan OKU kecewa dengan filem The Witches

- Advertisement -

Los Angeles: Warner Bros memohon maaf kepada komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila dikatakan menggunakan kecacatan untuk menggambarkan watak yang menakutkan dalam filem The Witches.

Isu itu timbul berikutan watak Grand High Witch lakonan Anne Hathaway dalam filem itu memiliki tiga jari di kedua-dua tangannya, sama seperti pesakit yang menghidap ‘limb abnormality ecstrodactyly’ atau dikenali sebagai ‘split hand’.

Wakil Warner Bros mengeluarkan permohonan maaf itu dan tidak menyangka bahawa isu sedemikian akan timbul.

“Kami turut berdukacita apabila watak fiksyen dalam The Witches menimbulkan rasa marah dalam kalangan OKU. Kami juga kesal dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, pihak produksi juga bekerja bersama pereka serta artis untuk menghidupkan watak itu.

“Dalam mengadaptasikan cerita daripada cerita asal, kami juga bekerja dengan pereka serta artis dalam menginterpretasikan tangan seperti cakar kucing yang digambarkan dalam buku.

“Tidak pernah terlintas untuk kami menggambarkan watak makhluk sebegitu untuk disamakan dengan OKU kerana filem ini berkisar mengenai kuasa kebaikan dan persahabatan,” katanya.

Atlet paralimpik Britain, Amy Warren adalah antara individu OKU yang mengecam filem itu.

“Kecewa dengan filem baru Warner Bros, The Witches. Saya sendiri menyokong untuk meraikan perbezaan. Namun, bentuk tangan begitu memang wujud dan menyedihkan apabila ia digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan,” tulisnya di Twitter.

The Witches dilancarkan di HBO Max pada 22 Oktober lalu dan diadaptasi daripada filem yang pernah diterbitkan pada 1990.

Hathaway bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat