Muhyiddin bertemu Jokowi

- Advertisement -

JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengadakan perbincangan empat mata di istana presiden, Istana Merdeka, di sini pada Jumaat.

Mesyuarat bermula pada pukul 10.50 pagi (11.50 pagi waktu Malaysia) dan dijadual berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Antara isu yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai masalah berkaitan diskriminasi minyak sawit, jerebu, pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik dan kerjasama dalam menangani pandemik COVID-19.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat