Bekas Pengerusi MARA Inc didakwa 22 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram RM20.45 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani hari ini, dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini, atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM20.45 juta, membabitkan hartanah di Melbourne, Australia.

Mohammad Lan, 65, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob.

Tertuduh didakwa atas 17 pertuduhan menerima suapan, tiga pertuduhan cuba menerima suapan dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, antaranya bagi meluluskan kertas cadangan bertajuk ‘Proposed Acquisition of a Student Accommodation Building and a Commercial Retail Block known as Dudley International House, 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145, Melbourne, Australia antara 2012 dan 2013.

Kemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Solaris Mont Kiara, Maybank Cawangan Mont Kiara, sebuah restoran di Bukit Kiara dan CIMB Bank Jalan Sagunting, Kota Kinabalu.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah, sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula kes.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat