Anjung Kelana, “urban farm” hadiah KWP buat gelandangan – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Komited dengan azamnya untuk mencontohi pendakwah,Ebit Liew, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan projek khas yang dirangka untuk gelandangan di ibu kota.

Kata Annuar, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ketika ini giat mempersiapkan sebuah premis yang dinamakan Anjung Kelana.

Menurut beliau, Anjung Kelana kini dalam proses untuk disiapkan dengan tujuan membantu menempatkan dan melatih gelandangan.

“Di Anjung Kelana berkenaan kerajaan akan mewujudkan beberapa aktiviti ekonomi untuk golongan gelandangan ini sertai.

“Saya faham ianya sukar, tapi kita perlu mencuba,” ujar Ahli Parlimen Ketereh itu di Twitternya.

Dalam pada itu, Annuar turut meninjau sebidang tanah terbiar berdekatan Anjung Kelana berkenaan untuk dibangunkan “urban farm”.

“Tanah terbiar ini yang kita akan jadikan satu lagi “urban farm” bersebelahannya kita sedang siapkan satu rumah gelandangan iaitu Anjung Kelana.

“Saya harap mereka sanggup sama-sama jayakan,” ujar Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat