Bersatu Kecewa Hanya Seorang Adun UMNO Perak Undi Percaya Ahmad Faizal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) melahirkan kesal dan kecewa apabila mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari parti itu hanya mendapat satu undi sokongan daripada Adun UMNO.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berikutan kegagalan mendapat sokongan penuh daripada Adun UMNO memaksa Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu terpaksa berundur.

“PPBM sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“PPBM akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama PAS dan teman-teman parti anggota PN yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hamzah, selain sokongan seorang Adun UMNO, Ahmad Faizal juga disokong oleh 3 Adun PAS, 2 Adun Bebas dan 4 Adun Bersatu.

Dalam undian belah bahagi pagi tadi, seramai 48 Adun Perak mengundi menolak usul percaya Ahmad Faizal, sementara 10 lagi Adun menyokong dan satu undi rosak direkodkan.

Dalam Perkembangan berkaitan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan antara punca Ahmad Faizal hilang sokong hari ini dipercayai berkaitan isu penjualan aset negeri itu berupa ladang kelapa sawit seluas 15,000 hektar tanpa tender terbuka kepada sebuah syarikat Singapura.

“Selepas kerajaan PH Perak tumbang dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan PN Perak walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu.

“Harga jualan yang diumum pada bulan April 2020 selepas kerajaan PN Perak ambil alih ialah RM342 juta sedangkan nilai keseluruhan ladang itu adalah RM1.03 bilion mengikut apa yg dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu atau hanya 35% harga asal,” ujarnya.

Satu lagi isu kata Najib, berkaitan tindakan Ahmad Faizal yang telah melanggar satu perjanjian persefahaman antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

“Antaranya ialah setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing.

“Walaupun UMNO telah beberapa kali memberi amaran kepada MB Perak untuk tidak lantik ADUN UMNO menjadi setiausaha politik dia, MB Perak tidak mahu hirau,” katanya sambil menambah tindakan tersebut seolah-olah perjanjian antara parti tidak penting.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat